Pelancaran dan promosi Alive_(album)

"Blue"

Fail:Big Bang - Blue.ogg

Petikan lagu "Blue".

"Fantastic Baby"

Fail:Big Bang - Fanastic Baby.ogg

Petikan lagu "Fantastic Baby".

Masalah mendengarkan fail ini? Sila lihat bantuan media.

Pada 5 Februari, Big Bang melancarkan teaser pertama mereka yang berkonsepkan gambar untuk album Alive. Dalam teaser pertama tersebut memaparkan T.O.P bagi memperkenalkan runut lagu "Fantastic Baby" (Sayang Kau Hebat)[6] dan dalam teaser kedua yang dikeluarkan pada 13 Februari pula memaparkan Daesung untuk memperkenalkan lagu solo beliau sendiri iaitu "Sayap" (날개 Nalgae).[7] Pada hari berikutnya iaitu teaser ketiga, ia memperkenalkan lagu "Debu Cinta" (사랑먼지, Sarangmeonji) yang ditampilkan oleh Taeyang.[8] Bagi teaser lagu "Bad Boy" (Budak Nakal) pula, ia telah dilancarkan pada 15 Februari dengan memaparkan Seungri.[9]Teaser terakhir pula ditampilkan oleh ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon pada 16 Februari bagi memperkenalkan lagu "Blue" (Biru).[10]

Menurut laman Facebook rasmi Big Bang, mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan mempromosikan enam runut daripada album Alive ini melalui persembahan secara langsung di program muzik.[5] Lagu pertama yang dilancarkan dahulu ialah "Blue" (Biru) iaitu pada 22 Februari 2012 dimana lagu tersebut dijadikan sebagai single utama.[11][12] Menurut kumpulan muzik ini, lagu ini bertemakan kerinduan, kekosongan dan kesedihan.[13] Dalam kurang daripada sejam lagu ini dikeluarkan, ia mencapai kedudukan pertama dalam pelbagai carta seperti Melon, Naver dan Nate.[14][15] Di laman video YouTube pula, video lagu ini telah ditonton lebih daripada lapan juta tontonan dan pra-pesanan untuk album mini ini pula telah melepasi lebih daripada 260,000 pesanan.[16][17]

Pada 29 Februari 2012, album mini Alive secara rasminya dilancarkan. Pada hari yang sama, single kedua yang dipromosikan iaitu "Bad Boy" (Budak Nakal) juga dilancarkan.[18][19] Promosi bagi album ini akan dimulakan pada 11 Mac 2012 melalui rancangan SBS Inkigayo.[20] Ketika album ini dilancarkan di iTunes, ia telah menduduki carta iTunes Top Albums Chart dalam kedudukan ke-5 di Amerika Syarikat dan ke-7 di Kanada.

Pada 6 Mac 2012, Big Bang telah melancarkan video muzik versi pendek bahasa Jepun mereka bagi single "Blue" ("Biru") dan "Bad Boy" ("Budak Nakal") bersama-sama dengan versi bahasa Jepun album Alive ini.[21]

Pada 3 Jun 2012, album pelancaran semula Still Alive telah dilancarkan secara dalam talian. Runut utama daripada album ini iaitu "Monster" (Raksasa) telah berjaya menduduki tempat pertama dalam pelbagai carta dalam talian seperti Soribada, Melon dan Naver.[22] Lagu lain daripada album ini iaitu "Feeling" dan "Ego" juga turut berada dalam 10 lagu teratas dalam carta.[22]

Rujukan

WikiPedia: Alive_(album) http://www.allkpop.com/2012/01/yg-life-gives-remin... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-dominates-... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-explains-t... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-2n... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-ne... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-se... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-ta... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-to-promote... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-unveils-da... http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-unveils-fi...